23 Mei, 2009

Final Pertandingan Irama Malaysia Trofi Dato’ Siti Nurhaliza

Rizaidah Salleh & ibunya




Tarikh
19 Mei 2009 (Selasa)

Masa
8.00 malam

Tempat
Tesco Sg. Emas

Anjuran
MAYC Kuala Langat dengan kerjasama
Siti Nurhaliza Production (SNP)




----------------------------------------






Penuh sesak Tesco malam itu. Memang meletopp! Kak Ojane wajar terima kredit diatas usaha beliau menjayakan program ini. Barisan tetamu yang hadir hebat belaka.
Juri terdiri daripada Cikgu Siti Hajar, Cik Maziah Selamat, Prof Khairil Johari Johar dan Saudara Aris Ariwatan.
Dato’ Siti Nurhaliza diiringi oleh artis rakaman syarikat beliau, tidak lain tidak bukan, Saidah & Saerah. Paling penting kerjasama yang amat baik dari pihak Zenith Aim, Dato’ Teoh.

Pada awalnya Rizaidah Saleh tidak berjaya mara sebagai finalis. Tapi disebabkan ada seorang finalis yang menarik diri, Kak Ojane mempelawa Rizaidah untuk menyertai barisan Finalis. Terima kasih diatas peluang diberikan kak Ojane.

Walaupun kedudukan Rizaidah dilihat seperti peserta ‘underdog’, namun beliau tetap berusaha untuk memberikan persembahan yang terbaik. Kami ahli Kelab Perdana tumpang gembira diatas kejayaan beliau menduduki tempat Juara serta merangkul hadiah wang tunai RM 1,200 berserta trofi. Kami memang yakin dengan dengan bakat beliau selama ini. Secara tidak langsung, kemenangan ini turut melonjak nama Kelab Perdana itu sendiri. Syabas & tahniah Rizaidah!

p/s : terima kasih pada semua yang datang menyokong malam itu….

Tiada ulasan: