13 Julai, 2009

PERTANDINGAN CIPTA LOGO DAN TAGLINE KELAB BELIA PERDANA SERI CHEEDING

Syarat-syarat am :

1. Pertandingan terbuka kepada ahli berbayar Kelab Belia Perdana sahaja.

2. Penyertaan adalah percuma. Tiada had penyertaan.

3. Konsep, idea dan kreativiti bertemakan setiakawan dan kecergasan belia.

4. Rekacipta logo menggunakan maksima 3 warna sahaja. (simple & menarik)

5. Tagline menggunakan 3 patah perkataan sahaja dalam Bahasa Melayu.

6. Sila sertakan maksud logo, warna atau yang berkaitan secara padat dan ringkas.

7. Rekacipta boleh dilukis ‘free-hand’ atau menggunakan kaedah teknologi grafik. Peserta dialu-alukan untuk menghantar ciptaan dalam bentuk ‘soft copy’ (format JPEG)

8. Persembahan lukisan / ‘artwork’ dalam saiz A4 putih.

9. Penyertaan tidak akan dikembalikan dan boleh digunakan semula oleh Kelab Belia Perdana tanpa syarat.

10. Keputusan juri adalah muktamad.

11. Tarikh tutup : 19 OGOS 2009 (Ahad) sebelum jam 12.00 tengahari di Balairaya Kg. Seri Cheding.

Tiada ulasan: